Blog

TABAH WAHAI HATI

f4401f3ad6b0709c9fd5c75ccdf148e9
” Love when you’re ready, not when you’re lonely. ”
Bercinta hanya bila betul-betul dah bersedia, bukan hanya bila kesunyian.

Ada orang bertanya kepada aku. ‘aku tengok kau ni kejap je sedih, biasa je, kalau aku, meroyan kot, bercinta dah lama, lepas tu kena tinggal. Ke kau memang tak sayang dia?’

Pertanyaan lagi ‘ aku pelik kau boleh jadi tabah, dalam masa yang singkat. Serius singkat. Orang lain sedih berbulan-bulan, ada yang bertahun-tahun, kau pulak seminggu je dah okay. Ada udang di sebalik mee ke?’

Siapa cakap aku tak sedih?

Siapa cakap aku tak rebah?

Tiada sesiapa tahu betapa teruknya keadaan aku pada masa itu kecuali Allah dan mama.

Dan dari mana datangnya ketabahan dalam masa seminggu? Semua orang bertanyakan soalan yang sama.

Jawapan aku mudah. Bertaubat. Kembali padaNya.

Itu yang aku lakukan. Aku tidak pernah lupa untuk berdoa. Aku menangis mengingati dosa-dosa silamku. Aku serahkan sepenuhnya jiwa ragaku pada Maha Pencipta.

Kuasa Allah hebat. Manusia yang tidak tahu dan kurang tahu. Aku kembali mendapat ketenangan pada hari ketiga selepas peristiwa itu.

Tidur malam ku kembali tenang. Fikiran ku tidak lagi melayang-layang. Sakit hati aku hilang sedikit demi sedikit.

happy-quotes-about-life-tumblr-2

Jangan lupa amalkan ini. Amalan yang boleh membuatkan sesiapa  menjadi tabah walau dalam masa yang singkat.
1)      Memaafkan seseorang.
2)      Bermuhasabah diri
3)      Berprasangka baik
4)      Berserah segalanya pada yang Maha Esa.

Ia benar. Aku telah mengamalkan semua ini dan masih mengamalkan.

Alhamdulillah, aku tak pernah rasa tenang sebegini. Jika anda betul-betul bertaubat kepada Allah dengan seikhlas hati, anda pasti takot dan akan menangis teresak-esak mengenangkan dosa-dosa silam dan maksiat yang pernah anda lakukan.

Bangkitlah wahai wanita. Jangan sesekali tunjuk di depan semua orang kita lemah.

Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita damba, Insyallah, Allah akan temukan kita dengan orang yang mendambakan kita.

Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita sayang, Insyallah moga Allah temukan kita dengan orang yang sayangkan kita.

Semuanya kuasa Allah. Percayalah..

Artikel ini telah dihantar oleh Rahadatul Aisy ke inbox Blog Aku Islam untuk perkongsian kepada kita semua. Terima Kasih saudari Rahadatul Aisy.. 🙂

IKHLASKAH HATI?

Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.

Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.

Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.

Menyayangi tidak semestinya memiliki. Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”

Ya, menyayangi tidak semestinya memiliki.

Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.

Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi ?

Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.

Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia ? Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?

Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.

Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.

Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”

Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?

Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia? Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia? Hanya kerana satu sebab.

Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.

“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”

“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”

Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.

8872c6c0013b53627b20fe05e46b6217

Kenapa takut untuk ikhlaskan perpisahan itu?

Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:

Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.

Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.

Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan. Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.

Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.

Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.

Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.

Tapi sampai bila?

Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.

Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu. Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.

“Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”

Jika terus hidup bersama kenangan, memang mustahil untuk kita lupakan dia.

Move on. Ubah cara hidup kita.

Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.

Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.

Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.

Hanya kita yang alpa dan terleka.

“Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.

Dalam hadith kudsi Allah berfirman;

Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”

 

Manusia akan pergi tinggalkan kita juga walaupun sejuta janji manis yang dia berikan.

Walaupun segunung harapan yang dia berikan.

Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.

“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”

“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”

 

Ingatlah untuk setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersendiri.

Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya. Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.

“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri) – Ustaz Azhar Idrus”

Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh.

Hanya perlu yakin.

tears-wallpaper-hd-wide

Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia. Demi kehidupan masing-masing. Perasaan tak boleh dipaksa

 

Kita mungkin dipertemukan dengan orang yang salah pada awalnya. Itu untuk mengajar kita jadi lebih dewasa.

Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan. Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.

“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya.

Kenapa? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi Dia.”

Jadi, macam mana? Dah boleh ikhlaskan hati untuk terima segalanya.

Dah boleh redha? Atau masih terpaksa?

Dekatkan diri dengan Allah dan kita akan dapat jawapan (:

 

Penutup: Allah telah menetapkan kebahagiaan untuk setiap hambaNya

“Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita.

Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita.

Kerana memang bukan untuk kita.”

Serahkan hati ini pada Allah. InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja.

Hati kita milik Allah. Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah.

Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah. Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.

WAJARKAH AKU ?

Marilah kita lihat kepada diri kita, sudah seberapa besar cinta yang kita tunjukkan kepada ibu bapa?

Sudah seberapa berat pengorbanan yang kita berikan kepada mereka? Kerana banyak antara kita yang masih tidak pandai untuk menjaga hati ibu bapa kita.

Kerana kesibukan, kerana kepayahan dan kerana hidup yang semakin lama semakin mengikis rasa sayang kita kepada mereka.

Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa. Kasih mereka terhadap anak adalah kasih daripada titisan air mata dan titik peluh yang tidak mungkin terbalas.

Pernahkah anda menatap orang-orang terdekat anda ketika saat dia sedang tidur?

Kalau belum, cubalah sekali untuk menatap mereka saat mereka sedang tidur.Saat itu, yang nampak adalah ekspresi paling suci dan paling jujur dari seseorang.

Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur.

Sedarilah, badannya yang dulu tegap dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya,betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.

Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah.

Lihatlah ibu anda. Kulitnya mulai berkedut dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang sukar.

Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita.

Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang,dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu :

Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya.

Rasakanlah kuasa cinta yang mengalir perlahan disaat menatap wajah bersih yang terlelap itu.Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.

Pengorbanan yang kadang tertutup oleh silap faham yang kecil

Entah kenapa selalu sahaja nampak besar.

Secara ajaibnya, Allah mengatur agar pengorbanan itagar boleh dilihat melalui wajah-wajah jujur mereka semasa sedang tidur.

Pengorbanan yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan.

Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya.

Tanpa kata, tanpa suara dia berkata :

“betapa lelahnya aku hari ini”.

Dan penyebab lelah itu?

Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tak lain adalah kita.

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah.

Kakak, adik, anak, dan sahabat yang ada dalam hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.

Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan yang muncul  jika mengingati itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tak lagi membuka matanya selamanya .

Berdoalah untuk mereka kedua ibu bapa kita selagi kita masih mempunyai masa untuk berbakti pada mereka

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.